Sejarah Natalie (laman web)

Natasha, Inc., sebuah penyedia kandungan, telah ditubuhkan pada Disember 2005,[2] menjadi syarikat terhad pada Februari 2006 dan telah didemutualisasi pada Januari 2007.[2]

Pada 1 Februari 2007, Natasha, Inc. telah membuka laman web beritanya sendiri Natalie,[2] dinamakan sempena lagu "Nathalie" oleh Julio Iglesias.[3] Ia didedikasikan secara eksklusif untuk berita muzik dan dicipta dengan idea mengemaskini tentangnya setiap hari, sesuatu yang suratkhabar tidak boleh buat. Laman web ini juga menawarkan pendaftaran pilihan, yang akan membenarkan pengguna meninggalkan komen di artikel-artikel berita dan mencipta senarai sehingga 30 artis untuk menerima kemaskini tentang mereka.[2]

Natalie berkembang pesat, membuka sub-laman web berita manga, Comic Natalie (コミックナタリー), pada 25 Disember 2008,[4] dan sub-laman web berita pelawak, Owarai Natalie (お笑いナタリー), pada 5 Ogos 2009.[4]

Ia telah membuka kedai barang-barang kebudayaan, Natalie Store (ナタリーストア), pada 1 Ogos 2012, sebuah sub-laman web berita filem, Eiga Natalie (映画ナタリー), pada 23 Mac 2015, dan sub-laman web berita teater, Stage Natalie (ステージナタリー), pada 2 Februari 2016. Mereka juga membuka sub-laman web berita snek, Oyatsu Natalie (おやつナタリー), pada 18 Mei 2011 tetapi ia hanya bertahan untuk sebentar dan telah ditutup pada 31 Ogos pada tahun yang sama.[5]